Wednesday, October 20, 2010

Remaja Tua

Ahli-ahli sains sosial berbeza-beza pendapat tentang had umur remaja. Ada yang mengatakan alam remaja di antara 10 – 18 tahun atau 13 tahun – 12 tahun. Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya. Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar haid dalam tempuh umur antara 9 hingga 15 tahun.

ok itu lah lebih kurang pengenalan umur remaja sebenar dan lingkungan yang sewaktu dengannya.

Semua org tau remaja nih mmg buat kerja nak gila belaka. aku dan kamu pernah melaluinya atau sedang melalui usia remaja nih.

kenapa aku cakap gila?
tgk percakapan pon dah boleh tau dah.. semua benda nak ada gila.
contoh: "cantik gila kereta tuh", "ngam gila lah idea kau nih", "cun gila lah", semua lah gila gila belaka.. ada jugak "boleh jadik gila camnih".

kalau tak percaya, cuba peka dgn keadaan sekekeliling, mesti dok dgr perkataan gila nih.
inilah pon cara komunikasi remaja kat Malaysia nih.. tapi takpe pada aku,
sebab ini memang proses manusia yang pada usia tuh memang ada perangai gila gila nih.

apa pulak Remaja Tua?
ini dari benak otak aku lah.. Remaja Tua ni pada aku seseorang yang telah melepasi usia remaja senang kira manusia yang berumur 25 tahun keatas.. maksudnya orang Dewasa tapi perangai mengalahkan remaja. pada perangai lagi gila dari remaja yang memang patut ada gila gila dalam perangai, aktiviti mereka.

Umur dah 29, dah 32 tahun tapi perangai sangat teruk dari Remaja Original. bahkan Remaja Original tuh pulak, jauh lebih baik kejahatan mereka nih dari Remaja Tua nih. Dengan rosak akhlaknya, perangainya lain pula.. terkinja sana terkinja sini.. bahkan ada antara mereka nih dah ada anak.. tapi dok sibuk dgn aktiviti Remaja Tua dorang nih.. terabai abis anak anak tu pula.

Yang laki laki sebok pulak nak mengejar si betina, si betina pulak sibuk nakkan si laki laki mengejar mereka.
ini yang aku cakap nih orang Islam, melayu kita nih. ini yang sedih nya nih.. parti tak tentu arah, aktiviti pulak pelik pelik. ini realiti sebahagian Remaja Tua kat Malaysia nih.. jangan nak deny lah. sedih lah.. sedih.

Paling aku marah sangat lah sebenarnya. kita sekarang nih ada macam macam kemudahan "Social Networking Sites" dok ada.. yang paling famous mestila "Facebook" and "Twitter". yang pengguna facebook nih dok borak "Tag sana Tag sini lah" pengguna Twitter pulak "I follow dia, dia follow I" akhirnya nyanyi lagu "I will follow you" je lah. Jangan salah paham, "Social Networking Sites" ni bagus.. tapi kalau diguna untuk kebaikan. apa bila diguna untuk keburukan maka rosaklah.. ni sedar tak sedar dosa kita semua nih dok hujung jari ni je ni. pakai keyboard, blackberry.. macam macam lagi la kemudahan dok ada.

aku sedih pasal.. bila "Social Networking Sites" diguna untuk menjaja keburukan, BANGGA dgn perangai tak senonoh diri sendiri. berbalik pada Remaja Tua tadi. Dah pi parti arak, bergambar cara yang sgt tak sesuai, lepas tuh pegi letak pulak kat "Facebook" pegi Tweet pulak kat "Twitter" gambar tak senonoh nih. aku marah pasal, dah buat jahat BANGGA pulak dgn kejahatan tuh. itu lah aku marah sangat tuh.. aku cakap panjang pon tak guna lah.. cakap lebih pon dorang nih jawab mudah aje.. "alaa.. tak payah nak alim sgt lah". Aku ni tak lah alim mane pon.. nakal jugak aku nih.

ingatlah.. kita di larang untuk buka aib orang lain. maksudnya ceritakan keburukan orang lain pada orang lain. Tapi sekarang nih dah sangat terbalik. bukan orang lain bukak aib orang lain. tapi orang itu sendiri pegi jaja pulak keburukan diri dia sendiri.. haihh.. sedih la sedih.. yang sedih nya Islam, Melayu kita lah semua tu pon... entah lah..

Tenang sikit jiwa ini..
Semalam, aku pegi ke Masjid Sri Petaling (Markas Tabligh). Aku ni tak ikut lah Tabligh, tapi ke sana ada urusan sedikit nak jumpa org yang aku hormat. tapi ini tak penting.

Sampai je aku kat sana tuh, macam biasa lah semua berkumpul di tengah masjid dan ada Bayan (bayan nih kira penceramah lah) bagi ceramah lah.. aku pon duduk join dorang.. sekejap rasa ceramah tu pon habis, pasal dah masuk waktu Isyak dah pon. Apa yang menarik mata aku ialah di bahagian atas kanan masjid tuh penuh dgn Remaja Original dgn pakaian jubah serba putih nya, ada yang beserban, ada pakai kopiah, dgn raut muka budak budak aku tgk sorang sorang.. tenang sungguh jiwa. lepas tuh baru aku tau budak budak nih pelajar Tahfiz kat Masjid tuh..

berkata hati aku nih.. Alhamdulillah! dalam kekalutan kota, masyarakat remaja yang terkontang kanting dgn pelbagai isu yang merosakkan akidah (buang anak, lari rumah, pukul mak bapak, bunuk mak, rogol adik) ada lagi nih remaja harapan kita nih.. walaupon mereka nih taklah ramai mana pon kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi remaja yang rosak kat luar sana tuh..

tapi pada aku nih pon cukup lah.. mungkin mereka ini lah akan merubah generasi akan datang! insyaAllah!
aku kagum tengok mereka nih.. terkenang pulak aku tentang banyak nya masa aku terbuang masa remaja aku dulu, tak ambik endah sgt urusan agama, mengaji ilmu agama pon sekerat gitu aje.. harapan aku semoga yang sedikit tapi berilmu ini, akan mewarnai negara kita dgn ilmu agama esok esok nih.. Amin..

No comments:

Post a Comment